Monday 15 August 2011

surat kahwin awal..haha~

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..


kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai..


apa khabar dengan keluarga di kampung?semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa..
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat nie kepada ibu dan ayah..rasanya sepanjang hidup nie tak pernah langsung along tulis surat untuk ibu dan ayah..selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon telefon saja berbanding untuk menulis surat.tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat..


Dipendekkan cerita, along sebenarnya ingin meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah..mungkin mak dan ayah akan terkejut sebaik sahaja along cakap macam nie.along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari  dua tahun dari sekarang.along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama.selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah..


Kadang-kadang along rasa hairan jugak, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan gurlfried.kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut..memang dah jadi lumrah kat dunia sekarang nie perkara begini..tetapi matlamat tak menghalalkan cara untuk berkelakuan sebegitu..sedangkan islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan cara berNIKAH..


Along bukan terburu-buru untuk bernikah,tapi along nak ibu dan ayah boleh faham konsep niakh yang sebenarnya di dalam islam.islam menganjurkan nikah ialah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina..Allah s.w.t. telah berfirman :
Maksudnya :"Dan janganlah kalian mendekati zina..Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.dan suatu jalan yang buruk"[surah Al-Isra' ayat 32]


zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta merta.zina akan berlaku melalui beberapa step yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berdua-duaan lelaki dan perempuan tanpa mahram(boyfriend dan gurlfriend). Walaupun bertunang, islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya..tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu..islam menyuruh orang muslim untuk bernikah  untuk menghalalkan hubungan tersebut..


Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri daripada mereka yang telah berkahwin..ini kerana pasangan yang telah berkahwin merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan.jadi, orang yang bagi alasan bahawa bernikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat sama sekali...


Di universiti along,ramai pelajar yang bercouple dan mereka boleh belajar seperti biasa..Tapi,apa yang mereka buat itu adalah maksiat semata-mata..kan elok,kalau ibu bapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa.yang ini adalah yang dituntut dalam islam.jadi, apa perbezaannya???yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat{so macam mana nak berkat ilmu yang dipelajari}dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w..sekarang pilihan di tangan kita,sama ada nak kepada benda yang baik atau buruk....hehehe...~


Mengenai calon,along takde lagi buat masa sekarang nie..Tapi Insya-Allah kalau ibu dan ayah bagi along green light..masalah calon, ibu dan ayah jangan risau laa yeee...bagi along tempoh 6 bulan-setahun yang penting ibu dan ayah bersedia..along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri..tapi tak bermaksud ibu dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along..


Ibu dan ayah pasti akan tertanya-tanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada bakal isteri along nanti..seperti yang along katakan awal-awal tadi,along nak nikah nie bukanlah kerana nafsu semata-mata.dalam tempoh along belajar,dan kemungkinan juga perempuan tu sedang menuntut di universiti,maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dulu nafkah batin untuk tempoh tertentu..ini kerana dalam sirah Rasulullah s.a.w..baginda bernikh dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun..ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk aisyah ketik mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah.kalau dalam istilah kita dipanggil nikah gantung.tak kisah laa apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu..tapi selepas menikah,hubungan  lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada..kalau along telefon dia,along dapat pahala,along rindu kat dia dapat pahala,along bagi hadiah kat dia dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal..kan ini lebih baik dari mereka yang bercouple..kalau pasangan yang belum menikah mereka telefon sesama sendiri,dipanggil zina mulut dan telinga..rasa rindu di hati dipanggil zina hati..keluar berdua-duaan lagi dah tambah lagi dosa..jadi along nak tanya ibu dan ayah, adakah ibu dan ayah sanggup membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah...


Berkenaan nafkah zahir pula,memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar,maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini.nafkah zahir wajib along beri sebagai seorang suami..walaupun dalam jumlah yang sedikit..sebagai contoh,kalau nanti dia setuju menerima Rm 100 sebulan,maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya..lagipun untuk sementara waktu nie,biarlah ibu dan ayahnya yang menanggung makan,minum serta pakaiannya walaupun sebenarnya itu tugas seorang suami kepada isteri..tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila bersedia berumah tangga..{minta dibezakan antara erti nikah dengan berumah tangga}..macam sekarang nie lah kan kalau nenek bagi ibu baju sebagai hadiah,takkan ibu tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami..ibu pasti akan terima juga..kalau nenek menjamu ibu dengan makanan..ibu jangan tak makan pula kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami..yang penting,isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami..kalau ibu dan ayah masih kurang jelas,ibu boleh bertanyakan kepada ustaz mengenai masalah ini..ibu dan ayah jangan risau..sebelum along nak nikah,along akan jelaskan dulu perkara sebenar kepada bakal isteri..kalau dia setuju alhamdulillah...tapi kalau tak along akan tangguh dulu perkara nie..apa-apa pun along tegaskan sekali lagi along nikah nie bukanlah kerana nafsu semata-mata. tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah maksiat dan dosa..


Along tengok ade rakan-rakan serta saudara mara terdekat kita yang nikah awal dalam umur 20 lebih..jadi along pun cadang begitu juga..haha..lagipun banyak kelebihan kahwin awal nie antaranya waktu along tua nanti,along tak perlu risau dah sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri..kalau kahwin lambat,nanti wajtu tua atau dah pencen,ada anak-anak along nanti baru masuk sekolah rendah dan sekolah menengah..jadi mesti perlukan banyak duit..waktu dah pencen nanti nak harap duit pencen sikit sangat..so nak tak nak dah tua-tua pun still kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah..sepatutnya waktu tu,ajal nak dekat sampai,patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah..(tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat yee...)ajal dan maut di tangan tuhan..tua pun mati yang muda pun mati! along juga harap anak-anak nanti (kalau ada rezeki laa kan) akan dapat menerima belaian kasih dari datuk dan neneknya ibu dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini...


Dan kelebihan yang paling besar ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah s.a.w...dalam umur muda nie macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti..punca maksiat ada di mana-mana..along tak nak terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih harapan ibu dan ayah untuk tak nak lihat anaknya untuk derhaka kepada Allah dan Rasul..


Harapan along ialah ibu dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini..along nak ibu dan ayah terima surat ini sebagai satu surat yang biasa dan tak perlu dijadikan isu keluarga yang besar..sebab bagi along kalau along membicarakan tentang masalah ini,ia adalah perkara normal bagi seorang insan yang bergelar lelaki yang bila-bila masa pun pasti akan mendirkan rumahtangga serta bernikah suatu hari nanti..diharap ibu dan ayah  dapat membaca surat ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak..along tak memaksa ibu dan ayah untuk menyetujui perkara ini 100%...tapi jika ada kebenaran dalam hakikat..apa salahnyauntuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka..


Sebenarnya bagi seorang lelaki,dia tidak perlu untuk meminta izin kalau nak bernikah tetapi islam menyuruh kita untuk tidak membelakangi keputusan orang tua dalam kita nak buat keputusan.sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan ibu dan ayah..berbanding dengan perempuan,mereka harus minta izin sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti..


akhirul kalam,doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan juga akhirat...


Puteramu yang merindui : 
Mohamad Nazri bin Ishak
(pelajar kuis)
Diploma Business Management



No comments:

Post a Comment