Monday 29 August 2011

Bahana penggunaan peralatan moden

Aku bukan laa nak kata peralatan moden sekarang nie tak patut ade tapi sekadar mengingatkan anda semua jew tentang peralatan lama....ada masa anda semua perlu jugak menggunakan peralatan lama agar tak lapuk ditelan dek zaman yang serba maju dan ke depan mencapai wawasan 2020 nie..sebelum zaman moden datang dalam kehidupan manusia kini, peralatan lama laa yang kita agung-agungkan tapi bila zaman dah makin moden dan maju serta canggih hasil dari kebijakan manusia untuk berfikir bagaimana mahu memudahkan lagi kehidupan seharian manusia...peralatan lama mula dipinggirkan ke tepi seperti bangkai busuk yang memang busuk...hahaha...ini tak adil kan..so kt bawah nie ade beberapa peralatan lama yang telahpun diupgradekan mengikut zaman moden...


  • PEMBERSIH VAKUM
    Dengan adanya bendaalah nie..maka akibatnya penyapu lidi yang dibuat daripada daun pokok kelapa telahpun terpinggir..
vs

  • LAMPU ELEKTRIK
    so lampu gasolin,lampu suluh dan lampu pelita telahpun dimasukkan ke dalam stor sebaik sahaja manusia mengenali lampu elektrik..agak-agak bile takde elektrik bende nie sume pun maybe tak akan digunakan jugak sebab boleh guna lilin...heheee~

vs 
  • KERUSI URUT BADAN
    Tok Mat dan mak ani merangkap tukang urut diraja pun dah tak boeh cari makan lagi dan terpaksa menganggur...

vs 
  • SHOWER
    Gayung untuk mencedok air semasa nak mandi dah tak laku lagi...

 vs 
  • TELEFON BIMBIT
    Ramai posmen yang kene berhenti kerja pasal ramai dah guna khidmat SMS dan MMS menggantikan surat-menyurat...

vs 
  • DAPUR GAS/ELEKTRIK
    Dapur kayu, dapur minyak hanya jadi perhiasan saja di rumah-2..tak pun jadi sarang ayam untuk bertelur...hahaha~

    vs 

    Kenapa perempuan suka shopping...

    CUBA KORANG TRY TANYE PADA SESIAPAPUN,KAUM MANA YANG PALING SUKA BERSHOPPING?? 99.9 PERATUS MENGATAKAN BAHAWA KAUMPEREMPUANLAH YANG SUKA SHOPPING.PERNAH TAK KORANG TERFIKIR KENAPA DAN MENGAPA DIORANG NIE SUKA SHOPPING??OKAY KT SINI AKU BERIKAN JAWAPAN-2 YANG PALING BOLEH DITERIMA PAKAI DAN DISAHKAN SENDIRI OLEH KAUM HAWA..HEHEHE..!


    1. Perempuan suka tengok barang-2 yang baru dan terkini..barulah nampak upgrade dan update serta bercitarasa moden..
    2. Rasa puas hati bila dapat beli barang yang mereka idam-idamkan..macam mengandung anak pertama laa pulak kan..haha...
    3. Sebagai persediaan awal untuk kelengkapan Hari raya walaupun baru jew lepas sambut raya...huhu...payah kan kalau camni..belom ape-2 dah standby awal-2...
    4. Seronok bila dapat berjalan-jalan sambil cuci mata tengok perabut,pakaian,alat memasak,set sofa,kelengkapan rumah serta macam-macam lagi laa yang perempuan suka tengok..tak dapat beli pun takpe janji dapat bersiar-siar..alasan diorang takkan nak duduk kat umah jew..dah macam katak bawah tempurung dah..boring laaa...tapi kekadang tu en terbeli jugak...
    5. Saja menghabiskan duit laki/suami sampai tinggal kupu-kupu jew dalam dompet dan poket supaya laki/suami diorang tak dapat belanja perempuan lain bershopping sakan..hahaha..ini ialah alasan terbaik bagi kebanyakan perempuan yang dah berumahtangga...




    Sunday 28 August 2011

    C.I.N.T.A.

    assalamualaikum..haha..sekarang aku nak cite serba sedikit pasal cinta..

    KORANG JANGAN FIKIR BERCINTA NIE MUDAH DAN RINGKAS..YANG MUDAH HANYALAH TYME KORANG MELAFAZKAN PERKATAAN CINTA TU SEBAB IANYA HANYA MENGGUNAKAN BEBERAPA CAWAN KECIL TEH JEPUN AIR LIUR KORANG TETAPI UNTUK PASTIKAN SAMA ADA CINTA KORANG TU BERJAYA ATAU TAK KORANG KENE FIKIR JUGAK KENYATAAN KAT BAWAH NIE..HAMBIKK..~


    • Masa
    Dulu masa korang tak bercinta lain laa kan..banyak masa yang terluang dan terbuang..masa tu boleh laa korang huha sana huha sini macam monyet dapat bunga lepas pekena belacan tyme berbuka puasa..hahaha..tapi sekarang nie korang kena luangkan masa untuk temankan kapel/pasangan/gurlfrenz/cikaro/pacar korang lak pegi shopping,tengok wayang,pegi makan,jalan-2 di taman bunga,cari barang mekap,memujuk dan lain-lain lagi..penatkan ?padan sama muka korang..kih3...



    • Bil telefon
    Takkan laa korang still nak guna trend zaman p.ramlee lg en,surat-menyurat beb..tak urban laa..hahaha..nampak tak macho lak nanti..korang kena laa gunakan telefon bimbit baru pantas,efisyen,cekap dan cepat..okay dulu kalau bil korang hanya Rm 30 sebulan tapi disebabkan dah bercinta maka secara automatiknya maka makin bertambah laa bil tepon korang tu..paling minima pun Rm 300 sebulan kan...pokai laa ekau beb...ahaha...~



    • Tambang
    Bagi sesape yang ada transport sendiri okay laa kan..tapi korang kene tahu gak bajet belanja minyak mesti naik punya..yelaaa nak kena bawak dia pegi jalan-2 pusing kl..kalau nak jimat pegi laa dating naik kenderaan awam tapi sendiri kena mau ingat laa kan..lepas nie konfem korang kena jalan sorang-sorang lak..hehehe!


    • Kos makan & minum
    Dulu makan bayar untuk sorang jew tapi bila dah bercinta nie en korang kena laa spend untuk sorang lagi..ade cara nak save budget korang nie..tyme korang nak g dating tu ko makan dulu siap-siap kt umah pastu bila tgh dating die nak makan korang takyah makan biarkan jew dye sorang yg makan...saving kan...hik3...

    McD


    Wendy's
    • Pakaian 
    keyh camnie katakan laa kapel korang tu tastenya tinggi menggunung setinggi gunung everest,takkan laa dye nak keluar dengan korang pakai selebet jew kan..kurang-2 pun nak pakai yang ade brand jew mcm zara,gucci,padini,everlast n etc....selain tu korang gak kena laa ubah penampilan dan bergaya..tu pun guna duit gak tu..adesss...nie tak masuk lagi kalau dia mintak belikan pakaian untuk dye lg...masak lagi korang...

    Zara clothing



    • Hadiah
    Setiap kali sambut birthday kapel korang mesti kena sediakan hadiah..hadiah murah kompem-2 laa kan kena reject punya...tu tak termasuk lagi meraikan bufday mak ,ayah,abang,kakak atau adik dia lagi..itu semuanya memerlukan DUITTTTT....



    cari mencari-cari carian...

    semua orang dalam hidupnya sering mencari cari dan akan terus mencari..tak kiralah cari apa sekalipun..cuma yang sedih..selalunya orang mencari sesuatu yang tak seatutnya dicari dan mengelak dari mencari apa yang sepatutnya dicari...adoyai....tak paham betul laa aku..manusia..manusia..huhu...~


    1. Sibuk cari lirik lagu-2 terkini di pasaran dan juga di kedai-2 yang berkenaan sedangkan makna ayat-ayat kitab suci bagi umat islam sendiri iaitu Al-quran langsung tak dicari buat pegangan..tetapi Al-quran yang kebanyakannya dibeli oleh masyarakat sekarang ini hanyalah dibuat sebagai perhiasan di rumah..
    2. Sanggup cari guru untuk belajar tari-menari dan menyanyi bagai sebab terpengaruh dengan rancangan tv zaman ini yang banyak memberikan hiburan yang melalaikan pada umat manusia sejagat dari cari guru agama yang boleh mengajar berzanji dan memuji-muji pada pencipta sekalian alam...
    3. Pandai cari jalan keluar dari masalah dunia sedangkan langsung tak tahu untuk cari jalan ke bagaimana untuk ke syurga..
    4. Rajin cari duit untuk menyara hidup dan menambah baik kehiduoan tapi cukup malas nak cari masa berharga bertemu dangan Yang Maha Berkuasa di atas sekalian hidup...yakni solat..
    5. Handal cari perempuan untuk memuaskan diri walhal tak cerdik langsung nak carik perempuan yang terbaik boleh dijadikan teman hidup di dunia dan juga akhirat nanti...
    Apa yang aku tulis kat atas nie adalah sebagai nasihat dan juga peringatan untuk aku dan juga manusia lain yang seagama dengan aku...so ambil yang positif campak ke laut yang negatif okay...hahaha...~

    Saturday 20 August 2011

    Skinhead Family Tree

    Assalamualaikum..kali nie aku nak bercerita mengenai sebuah kumpulan yang pernah aku join tyme sekolah menengah dulu..zaman aku terdapat beberapa kumpulan yang agak famous yang ramai jugak budak-2 sekolah dan juga remaja seperti aku tak terlepas untuk join dalam group or communtiy nie..aku sendiri pun tak tahu laa kan sama ade korang pernah dengar kew tak nama-2 group seperti Emo,Gothic,Punk,Skinhead dan juga Grunge..so skang nie group yang aku nak cerita serba sedikit tentang salasilah group nie ialah tentang SKINHEAD.hahaha..aku betul-2 dah takde idea nie..so aku harap korang semua sudi laa nak ambil tahu pasal benda nie..tapi kalau korang tak nak tahu pun takpe..sebab aku memang tak kisah kalau korang semua pun tak kisah...hahaha...~


    MOD
    Ia bermula pada tahun 1962-1967..Pada pertengahan tahun 60an..kesan cebisan serpihan Mod dapat dilihat bertapak di sekitar London dan juga United Kingdom..kebanyakannya mempunyai kepercayaan dan juga budaya tersendiri.tetapi hard gang of Mod iaitu kumpulan yang menolak penyakit fesyen baru yang menular.mula bekerja keras untuk menidakkan budaya baru yang yang dah terjadi...



    RUDEBOY
    Bermula pada tahun 1960-1970..budaya yang diimpot dari Jamaica dan kebanyakannya dibawa oleh pemuda -pemuda dari kelas pekerjaan ataupun lebih dikenali sebagai working class..kumpulan ini telah berkawan dan bersepakat serta bersekutu dengan Mod dan kemudiannya adalah menjadi permulaan kepada zaman SKINHEAD...


    SKINHEAD
    Wujud sekitar tahun 1967-1971..lebih kepada perbezaan budaya dari budaya..ianya adalah keputusan terus yang diambil oleh Mod yang membenci kumpulan Hippies yang gaya hidup mereka amat teruk serta gaya dress up yang amat sakai..cara berpakaian mereka ialah berpakaian selekeh serta mengancing butang baju hingga ke atas dan juga menghisap dadah semasa dalam gig..kelompok skinhead yang pertama ataupun LEGEND adalah bekas Mod yang lebih ganas..elemen reggae telahpun diperkenalkan pada tahun 1969-1970..elemen inilah yang sebenarnya dibawa oleh Rudeboy..




    SUEDEHEAD
    start dari tahun 1970-1973..selepas beberapa tahun skinhead wujud..kebanyakan skinhead telah mempunyai slicker..mereka memotong rambut menjadi pendek dalam beberapa inci dan membelahkannya ke tepi..memakai suit hanya pada waktu malam sahaja..budaya yang sama dengan banyak gaya-gaya skinhead yang terdahulu dan juga sekarang..gaya nie adalah gaya sekarang yang aku ikuti..sebab gaya nie memang paling style bagi aku berbanding dahulu..Botak..hahaha..kelakar kowt kalau aku botak..sebab muka aku nampak ganas..so untuk mengelakkan fitnah jadi aku pun mengambil keputusan untuk mengambil gaya nie sebagai gaya aku sekarang..hehe..style kan...nampak macam skema tapi dalam hati still SKINHEAD okay..!






    SMOOTHIE
    Telah wujud sekitar tahun  1971-1974..selepas tahun kegemilangan untuk suedehead maka bermulalah pula zaman untuk smoothie..rambut dibiarkan panjang dan penggunaan seluar yang terang banyak digunakan..budaya ini lebih kembali ke tahun 70an serta minat mereka yang amat ketara iaitu cenderung kepada menonton Football di stadium,melepak sambil minum beer serta layan lagu-2 reggae..manakala perempuan pula dipanggil Sort..



    BOOTBOY
    Sekitar tahun 1972-1977..ini adalah versi budak bandar bagi suedehead dan smoothie..cuma bandar-2 kecil sahaja yang masih meneruskan kelompok ini dalam tahun 70an..dan kelompok ini dikenali sebagai bootboy..kelompok ini lebih dikenali dengan menaiki Vespa dan Lambretta secara berkumpulan..




    REVIVAL SKINHEAD TAHUN (1977-1978)
    Zaman ini bersama dengan zaman permulaan punk rock..revival skinhead bermula..Ia juga adalah bapa kepada moden skinhead....


    TRADITIONAL SKINHEAD
    Bermula pada tahun 1978 hinggalah sekarang..kebanyakan new skin mengikut band-2 seperti sham 69, symarip, the 4 skin, moonstomp dan The special..perkara yang dilakukan ialah menghidupkan kembali apa yang telah berlaku pada tahun 60an..orang-2 pada masa itu bersikap baik dan identiti mereka lebih kepada 2 tone iaitu budaya dari punk dan skinhead yang telah digabungkan...

    band The Symarip


    band The 4 skin

    band the Sham69(GodFather of skinhead)

    band The Moonstomp

    Oi! SKINHEAD
    Bermula tahun 1970 hingga ke sekarang..selepas kewujudan punk yang asli..maka muzik baru telahpun dicipta..oi! muzik tidak berkaitan langsung dengan nazi ataupun perkauman/racist..



    REDSKIN
    Tahun 1978 hingga sekarang scene nie telahpun wujud..kelompok ini selalunya berasal daripada golongan bangsawan..Redskin nie lebih kepada gerakan politik dan politik yang berkaitan dengan skinhead sahaja..selalunya mereka berkumpul dan berbincang tentang gaya hidup skinhead yang sesuai dengan zaman pada masa itu serta membincangkan tentang hala tuju dan ekonomi skinhead..



    NAZI SKIN (1979-SEKARANG)
    Selepas berakhirnya era 70an..politik mula beralih kepada pemuda-2 british..sayangnya kebanyakan daripada mereka adalah skinhead yang berpelajaran tinggi..mereka telah mengambil keputusan untuk menjadi rekrut squad atau nama lainnya ialah askar untuk kumpulan yang dibenci..oleh itu bermulalah sejarah skin nazi..



    AMERICAN TRADITIONAL SKIN
    Telah bermula pada tahun 1982_hingga sekarang...tak banyak sangat maklumat yang aku perolehi tentang American traditional skin nie..ape yang aku tahu ialah kelompok ini sama dengan eropah..mereka mengikut betul-2 cara kehidupan skinhead dari segi muzik dan juga fesyen..




    AMERICAN PUNK SKIN[1985_HINGGA SEKARANG]
    Tak banyak skinhead punk yang botak,tapi sekurang-kurangnya mereka ini bukanlah nazi..mereka sekadar mendengar muzik hardcore punk dan boleh dilihat di sekitar show-2 punk..



    AMERICAN NAZI SKIN
    Starting pada tahun 1987 hingga sekarang..sekiranya anda melihat,nazi jenis ini tidak banyak dilihat dan jarang jumpa..ini kerana mereka tiada persamaan langsung dengan mana-mana kelompok skinhead..sekarang ini terdapat sedikit skin jenis nie yang membawa fahaman perkauman..mereka ini ialah orang hulu yang kekok lagi bodoh...!



    okay sampai di sini saja cerita tantang skinhead family tree...mana-2 skinhead yang terbaca pasal benda nie kalau ade yang tak puas hati diharap jangan ambil hati ye..hahaha...sebab bende nie aku amik sendiri dari knowledge-knowlege lama ngan zine-zine yang aku still simpan sampai sekarang...kalau nak tahu lebih lanjut bacalah nick knight,skinhead bible spirit of 69 dan youth culture yeah..!
    nanti aku nak cerita lak pasal skinhead wearing...last sekali..respect..unity..pride..belief and lifestyle is the motif to be skinhead..at last stand proud and stand strong..!!!

    SIGA SAGA OI! OI!