Friday 21 October 2011

Kita Sepatutnya Diam Bila....





Ada masa-masa tertentu,kite seharusnya diam dari bersuara dan berkata-kata..tak kiralah peramah macam mana pun, diam tu tetap perlu bila sesuatu keadaan memerlukan..ini tak, masa belajar bantai berborak, masa cikgu tanya soalan tak nak pulak bercakap..nie ade beberapa senarai bile masanya kite perlu DIAM...!
  • DALAM MASJID


---->Duduk dalam masjid ataupun surau..mulut kena tutup sebab hati tengah dekat dengan tuhan..bukannya berborak pasal harga barang naik, pasal politik, ataupun pasal trend pakaian masa kini..sebaliknya lebih baik kita berzikir,beristighfar,bertahmid,bertasbih..dapat jugak pahala kan.. :)
  • SEDANG MAKAN
---->Dari kecil kite dah diajar oleh parents kite jangan bercakap masa makan..memang betullah tu! kalau dah sibuk nak bercakap, bila masanya lak nak mengunyah makanan dalam mulut tu kan..silap harijadi korang tercekik tulang atau nasi..dah menyusahkan pemandu ambulans lak nanti nak kutip korang bawak pergi hospital..hahaha.. :D
  • TENGOK WAYANG
---->Namanya pun tengok wayang, so kenalah tengok diam-diam..jangan lak nak pandai-pandai tunjuk talent korang jadi penterjemah ataupun pengulas filem pulak sampai penonton lain terpaksa beli popcorn banyak-banyak sebab nak baling kat anda..hik3..=C
  • DIAJAK BERTENGKAR
---->Seboleh-bolehnya lebih baik anda diamkan diri jew bila ade orang ajak bergaduh..sebab nanti kalau disahut..bermakna akan melompat laa syaitan dengan orang tu sebab tujuannya tercapai..ingat, diam itu lebih hensem daripada cakap besar dan poyo..hahaha..=E
  • DENGAR AZAN
---->Bila dengar jew azan berkumandang, duduk diam dan jangan buat bising..sepuluh tahun hormat dengan manager kat tempat kerja boleh jew..takkanlah sepuluh minit hormat dengan azan pun tak boleh kan..tu pun rasanya tak sampai lima minit pun azan tu..hehe..=X



No comments:

Post a Comment