Thursday 29 September 2011

JANGAN KATAKAN DAN KATAKANLAH....

Andainya kamu berkenalan
jangan katakan 
"ah...siapa juga kamu"
tapi...katakanlah
aku senang dengan perkenalan ini
pasti Kenalan akan bertukar menjadi Kawan.

Andai kamu sedang berkawan
jangan katakan 
"ah...aku punya ramai kawan"
tapi...katakanlah
kamu adalah istimewa berbanding yang lain
pasti Kawan akan bertukar menjadi Cinta.

Andai kamu sedang bercinta
jangan katakan
"ah...aku masih boleh mencari cinta yang lain"
tapi...katakanlah
kamu adalah segalanya dalam hidupku
pasti Cinta bertapak kuat dalam hatimu.

Andai kamu pernah bercinta
jangan katakan
"ah...kamu cuma orang kedua dalam hidupku"
tapi...katakanlah
kamu terbaik dalam hidupku
pasti tidak wujud rasa cemburu.

Andai PERKENALAN bertukar menjadi KAWAN
Andai KAWAN bertukar menjadi CINTA
Andai cinta tiada cemburu
Maka akan wujud :
Keikhlasan
Kejujuran
Keyakinan
Kepercayaan 
Ketulusan
Kesetiaan 
Yang akhirnya menjadi satu cinta AGUNG
yang tiada tandingan


 -Ayie Sahaja-
(freshcut blogger)

No comments:

Post a Comment