Assalamualaikum..kali nie aku nak bercerita mengenai sebuah kumpulan yang pernah aku join tyme sekolah menengah dulu..zaman aku terdapat beberapa kumpulan yang agak famous yang ramai jugak budak-2 sekolah dan juga remaja seperti aku tak terlepas untuk join dalam group or communtiy nie..aku sendiri pun tak tahu laa kan sama ade korang pernah dengar kew tak nama-2 group seperti Emo,Gothic,Punk,Skinhead dan juga Grunge..so skang nie group yang aku nak cerita serba sedikit tentang salasilah group nie ialah tentang SKINHEAD.hahaha..aku betul-2 dah takde idea nie..so aku harap korang semua sudi laa nak ambil tahu pasal benda nie..tapi kalau korang tak nak tahu pun takpe..sebab aku memang tak kisah kalau korang semua pun tak kisah...hahaha...~
MOD
Ia bermula pada tahun 1962-1967..Pada pertengahan tahun 60an..kesan cebisan serpihan Mod dapat dilihat bertapak di sekitar London dan juga United Kingdom..kebanyakannya mempunyai kepercayaan dan juga budaya tersendiri.tetapi hard gang of Mod iaitu kumpulan yang menolak penyakit fesyen baru yang menular.mula bekerja keras untuk menidakkan budaya baru yang yang dah terjadi...
RUDEBOY
Bermula pada tahun 1960-1970..budaya yang diimpot dari Jamaica dan kebanyakannya dibawa oleh pemuda -pemuda dari kelas pekerjaan ataupun lebih dikenali sebagai working class..kumpulan ini telah berkawan dan bersepakat serta bersekutu dengan Mod dan kemudiannya adalah menjadi permulaan kepada zaman SKINHEAD...
SKINHEAD
Wujud sekitar tahun 1967-1971..lebih kepada perbezaan budaya dari budaya..ianya adalah keputusan terus yang diambil oleh Mod yang membenci kumpulan Hippies yang gaya hidup mereka amat teruk serta gaya dress up yang amat sakai..cara berpakaian mereka ialah berpakaian selekeh serta mengancing butang baju hingga ke atas dan juga menghisap dadah semasa dalam gig..kelompok skinhead yang pertama ataupun LEGEND adalah bekas Mod yang lebih ganas..elemen reggae telahpun diperkenalkan pada tahun 1969-1970..elemen inilah yang sebenarnya dibawa oleh Rudeboy..
SUEDEHEAD
start dari tahun 1970-1973..selepas beberapa tahun skinhead wujud..kebanyakan skinhead telah mempunyai slicker..mereka memotong rambut menjadi pendek dalam beberapa inci dan membelahkannya ke tepi..memakai suit hanya pada waktu malam sahaja..budaya yang sama dengan banyak gaya-gaya skinhead yang terdahulu dan juga sekarang..gaya nie adalah gaya sekarang yang aku ikuti..sebab gaya nie memang paling style bagi aku berbanding dahulu..Botak..hahaha..kelakar kowt kalau aku botak..sebab muka aku nampak ganas..so untuk mengelakkan fitnah jadi aku pun mengambil keputusan untuk mengambil gaya nie sebagai gaya aku sekarang..hehe..style kan...nampak macam skema tapi dalam hati still SKINHEAD okay..!
SMOOTHIE
Telah wujud sekitar tahun 1971-1974..selepas tahun kegemilangan untuk suedehead maka bermulalah pula zaman untuk smoothie..rambut dibiarkan panjang dan penggunaan seluar yang terang banyak digunakan..budaya ini lebih kembali ke tahun 70an serta minat mereka yang amat ketara iaitu cenderung kepada menonton Football di stadium,melepak sambil minum beer serta layan lagu-2 reggae..manakala perempuan pula dipanggil Sort..
BOOTBOY
Sekitar tahun 1972-1977..ini adalah versi budak bandar bagi suedehead dan smoothie..cuma bandar-2 kecil sahaja yang masih meneruskan kelompok ini dalam tahun 70an..dan kelompok ini dikenali sebagai bootboy..kelompok ini lebih dikenali dengan menaiki Vespa dan Lambretta secara berkumpulan..
REVIVAL SKINHEAD TAHUN (1977-1978)
Zaman ini bersama dengan zaman permulaan punk rock..revival skinhead bermula..Ia juga adalah bapa kepada moden skinhead....
TRADITIONAL SKINHEAD
Bermula pada tahun 1978 hinggalah sekarang..kebanyakan new skin mengikut band-2 seperti sham 69, symarip, the 4 skin, moonstomp dan The special..perkara yang dilakukan ialah menghidupkan kembali apa yang telah berlaku pada tahun 60an..orang-2 pada masa itu bersikap baik dan identiti mereka lebih kepada 2 tone iaitu budaya dari punk dan skinhead yang telah digabungkan...
|
band The Symarip
|
|
band The 4 skin |
|
band the Sham69(GodFather of skinhead) |
|
band The Moonstomp |
Oi! SKINHEAD
Bermula tahun 1970 hingga ke sekarang..selepas kewujudan punk yang asli..maka muzik baru telahpun dicipta..oi! muzik tidak berkaitan langsung dengan nazi ataupun perkauman/racist..
REDSKIN
Tahun 1978 hingga sekarang scene nie telahpun wujud..kelompok ini selalunya berasal daripada golongan bangsawan..Redskin nie lebih kepada gerakan politik dan politik yang berkaitan dengan skinhead sahaja..selalunya mereka berkumpul dan berbincang tentang gaya hidup skinhead yang sesuai dengan zaman pada masa itu serta membincangkan tentang hala tuju dan ekonomi skinhead..
NAZI SKIN (1979-SEKARANG)
Selepas berakhirnya era 70an..politik mula beralih kepada pemuda-2 british..sayangnya kebanyakan daripada mereka adalah skinhead yang berpelajaran tinggi..mereka telah mengambil keputusan untuk menjadi rekrut squad atau nama lainnya ialah askar untuk kumpulan yang dibenci..oleh itu bermulalah sejarah skin nazi..
AMERICAN TRADITIONAL SKIN
Telah bermula pada tahun 1982_hingga sekarang...tak banyak sangat maklumat yang aku perolehi tentang American traditional skin nie..ape yang aku tahu ialah kelompok ini sama dengan eropah..mereka mengikut betul-2 cara kehidupan skinhead dari segi muzik dan juga fesyen..
AMERICAN PUNK SKIN[1985_HINGGA SEKARANG]
Tak banyak skinhead punk yang botak,tapi sekurang-kurangnya mereka ini bukanlah nazi..mereka sekadar mendengar muzik hardcore punk dan boleh dilihat di sekitar show-2 punk..
AMERICAN NAZI SKIN
Starting pada tahun 1987 hingga sekarang..sekiranya anda melihat,nazi jenis ini tidak banyak dilihat dan jarang jumpa..ini kerana mereka tiada persamaan langsung dengan mana-mana kelompok skinhead..sekarang ini terdapat sedikit skin jenis nie yang membawa fahaman perkauman..mereka ini ialah orang hulu yang kekok lagi bodoh...!
okay sampai di sini saja cerita tantang skinhead family tree...mana-2 skinhead yang terbaca pasal benda nie kalau ade yang tak puas hati diharap jangan ambil hati ye..hahaha...sebab bende nie aku amik sendiri dari knowledge-knowlege lama ngan zine-zine yang aku still simpan sampai sekarang...kalau nak tahu lebih lanjut bacalah nick knight,skinhead bible spirit of 69 dan youth culture yeah..!
nanti aku nak cerita lak pasal skinhead wearing...last sekali..respect..unity..pride..belief and lifestyle is the motif to be skinhead..at last stand proud and stand strong..!!!
|
SIGA SAGA OI! OI! |